klik me!

Friday, September 9, 2011

lebaran bersama mereka..;)

salam aidilfitri semua..dan selamat hari merdeka jugak..walaupun dah lepas raya,tapi kita masih ada sebulan lagi kan utk enjoy raya?hehe. tapi sekarang ni wni dah ada kat ukm,tak puas lagi beraya di rumah dah terpaksa balik disbbkan oleh kerja yg tak dpt dielakkan..huhu..

ok wni nak kongsi cerita raya sepanjang wni beraya di penang aritu..raya kalini lain cket..1st time beraya di rumah,suasana rasa lain xmeriah macam kat kampung nenek sgt..huhu..raya tak lengkap tanpa bergambar kenangan kan?haha..jom tengok gambar raya sy yg xseberapa ni..hehe

raya pertama bersama kawan2 sekolah rendah,tp kami rapat sampai sekarang..nak jumpa pon setahun sekali je la kot..;(

bertandang ke rumah kawan2..;)

bersama abah tersyg di hari raya pertama..

mama tercinta & adik angkat ku shakir yg sgt comelllll!!

3 beradik,aku diapit mereka yg sangat tinggi melayut.haha

tema hijau utk hari raya pertama..

baby shakir takut tengok baby burung hantu peliharaan tokwan..haha

kami naik keretapi tanah melayu nak balik kl..haha

ambik gambar je keje sama naik dgn budak2..;p

anak sape ntah ni kami culik..haha

haish pandai sungguh berlakon depa ni.;p

akhirnya tercapai jugak hajat mengidam nak makan pasemboqqqq padang kota yg sedap gilaa!!mahai pon telan gak asalkan hajat mengidam kesampaian..haha




Thursday, August 18, 2011

hari gelak sedunia


assalamualaikum semuaa..;)

skarang baru wni sempat & ada masa nak update story 3 hari lepas. hari yg sgt2 memenatkan & memeranjatkan tapi bestt..haha..bangun awal2 pagi utk makeup diri sendiri,pergi kerja awal dgn mata sembap dan mengantokk..harini wni & kawan2 di ofis disuruh utk shooting utk video korporat fssk..uwaaa malunyee..ntah papela jadiknya nanti..lokasinya di tangga air terjun ukm di tengah2 jalan roundabout tu, foyer kolej rahim kajai,padang ukm,dan di tangga library..memang mencabar betul dgn panasnye masa bulan puasa ni..tapi nasib baik takde dialog..kalau ade maunye gelak tak ingat dunia sampai malam baru siap video tu kang..asyik cut je tak jadik..haha..

sebaik saja habis scene kami di PTSL library, tiba2 ada sorang mamat ni dok tunggu kami dr tadi lagi.."dik, boleh ikut kami ke dalam library kejap x?jadi pelakon tambahan utk filem.." Hah??filem apa?kami ramai2 pun dipaksa ikot..asalkan senang dan takde dialog takpelah..haha. ok,then kami masuk ke moot court library ukm dan hanya duduk diam di tempat belakang tu..nak meramaikan majlis la kot..lambat gila tggu org2 filem ni setting tempat..lepastu tiba2 si pelakon Nabila Huda dtg..dia jadi pesalah yg masuk kandang pesalah..

selepas tu Fifi Fairuz Fuiyoo pn dtg..haha..Fizz Fairuz plak jadi peguam bela yg bela Nabila Huda yg dituduh bersalah ni..tiba2.....dorang panggil aku pg jadi watak tambahan duduk sebelah Fifi Fairuz Fuiyoo ni sebagai pencatat apa ja yg dia ckp..a.k.a juniour council kot..haha..ntah pape ntah muke aku,mesti selenge gila..selalunya kita tgk filem melayu yg pelakon tambahan dia muka tak leh blah kan?pastu kita kutuk2 kan?mesti ckp ek eleh...tang mana la dia kutip pelakon ni,tak reti buat ekspresi muka langsung..haaa..hampa tunggula giliran aku plak kena kutuk sebab muka tak leh blah nanti..amik ko..tapi muka aku tak nampak sgt kot..nasib baik...haha..bila pikir2 balik cam takde keje je..tak pasal2 tempek muka kat situ..haha..xnk bgtaw ape tajuk filem,malulah..haha..tapi ni filem seram,kuar wayang january ni..haha

habis2 shooting filem tu(ceh bajet pelakon popular)..haha..aku dan 4 org kawan opis bergegas ke putrajaya utk interview org yg aku kagumi utk projek lecturer aku..sgt kagum dgn beliau..hehe..lepastu berbuka puasa di rumah beliau..terima kasih kpd anak lelaki dia sbb tolong..thanxx to awk sgt2 sbb banyak tlg sy..hehe.tapi tak best sbb anak lelaki dia ni takde tak join berbuka sekali..bz dgn kerja,apekan daya..huhuhu..;(

ok,thats all nak cerita..harini memang wni akan ingat smpai bila2..
selamat berpuasa dan selamat hari raya!hehe

eh sebelum tu nak promote stok baru utk blogshop wni!hehe

ada Qaseh shawl..

rose shawl tiga bunga..

aleesya scarf..

satin shawl!

sapa berminat nak beli tgk sini ye..hehe..

Tuesday, August 9, 2011

suatu ketika di istana lama..

assalamualaikum..
hye semuaa!harap semua puasa penuh kecuali bagi yg perempuan ye..;p
bkn stakat makan dan minum kene tahan, kite jugak kene jaga mata dr tengok benda2 xelok, jaga mulut jgn bercakap bukan2 atau mengumpat org..haa,ni mst ramai suka buat niii..;p

okeh, jom wni bawak anda semua ke kuala pilah negeri sembilan kejap!
baru2 ni wni pergi ber 3 hari 2 malam penginapan percuma di rumah kawan di sini..tapi gambar2 kat bawah ni semua tempat kat seremban laa..tak sompek nak poi molawat istana seri menanti doket kualo pilah tu haa..hahaha
satu2nya tempat yg wni palingg suka melawat is tempat yg bersejarah,mmg suka!
so tnggu apa lagi, tak pernah2 bulan puasa dibuat org pergi melawat muzium,tapi kami pegi...org nak dkt raya ni pegila shopping mall ke, ekspo raya ke kan..ni tidak..haha..
jom tengok gambar2 dari hp murah saya ni!haha;p

ni haa bangunan eh eh muzium negeri sembilan dekat seremban..mmg cantikkk..

ni istana ampang tinggi..istana dolu2..haha

ni batu megalitik, org dolu2 buek ni sobagai batu nisan kek kubor2 lamo tuu..
(hancur aku cakap nogori)

ni tompek main gasing, gelanggang nyo..org dolu2 suke bonar main gasing kek sini haa..;p

ni ntah sape2 ntah yg interpreme dlm gambor ni, aku nak amik gambor tingkap klasik ni jo sebonarnyoo..tibo2 yo muncul..hoho..;p

ni puteri lindungan bulan sedang tunggu putera raja masuk meminang..
eh perasan botoll minah ni!;p

nakk jugakk menempel gambar budak sorg nii..macam jakun tak penah masuk muzium!hehe

okey dah,sampai sini je nak crite..kalau nak tengok sendiri boleh pegi melawat sendiri kat seremban ye kawan2...
sekian, selamat berpuasa dan beramal!;)


P/s~dlm hati sedih, tp cuba utk gembira..



Sunday, July 31, 2011

dialog manusia, malaikat & syaitan

assalamualaikum semua...

salam ramadhan wani ucapkan..selamat menunaikan ibadah & meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah S.W.T..kalini wni nak kongsi sedikit kisah buat pengajaran utk kita semua..artikel ni wni amik dr fb..semoga kita mendapat tauladan, memperbaiki segala kelemahan yg ada & jadi muslimah yg lebih baik dan solehah...Aminn..insyaAllah....;)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.


slamat berpuasa semua...
teringin nak pakai jubah utk raya kalini..;)

Tuesday, July 26, 2011

hati yang lemah..

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu.....

(Edcoustic-Muhasabah Cinta)


p/S~Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini...;(

Monday, July 25, 2011

pakcik tanpa nama



tiada kata-kata hanya video semata-mata..utk renungan bersama..
nak taw kisah lanjut ttg pakcik ni tengok sini
renung2kan..dan selamat beramal!;)

p/s~1st time nak try upload video dlm blog..hehehe..

Saturday, July 23, 2011

sebelum nafas terhenti..


assaalamualaikum...;)

hye kawan2 dan sahabat semuaa..
sape suke baca novel?
haa..disini wani nak recommend kat korang novel terbaru terbitan alaf 21 karangkraf bertajuk sebelum nafas terhenti..
bukan wani yg tulis novel ni,tapi wni telah dipilih utk jadi cover novel ni..alhamdulillah...;)
novel ni jgk keluar dalam wajah yg baru dari sebelum ni..lagi cantik dan comel..
wani sndiri pn blum tgk lagi,tak sabar nk dptkan..hehe
dalam banyak2 novel yg wni baca, wni paling suke novel Andai Itu Takdirnya..
haa..kalau sape yg baca tawulaa..wni rasa lagi best klu novel ni dibuat drama..mcm Nora Elena punye drama tu..haha
ok2,tak pasal2 promote kan..
jom dapatkan novel terbaru ni di pasaran!hehe

makeup by kak Leya..thanx!;)

P/s~rezeki ada dimana2..jgn mudah putus asa..;)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails